10 Tempat Menarik Yang Dekat Dengan Homestay Kami

Kemaman, Terengganu, sebuah daerah yang kaya dengan keindahan semula jadi dan budaya. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang patut anda kunjungi:

Pantai Teluk Mak Nik

Pantai Teluk Mak Nik, atau lebih dikenali sebagai Monica Bay, adalah salah satu pantai yang cantik di Kemaman. Pantai ini terkenal dengan pasir putihnya yang bersih yang sesuai untuk aktiviti berkelah dan bersantai. Dan untuk pantai ini, jarak dengan homestay Dfieza kami kurang daripada 10 minit sahaja.

Pasar Besar Chukai

Untuk merasai cara hidup orang tempatan, Pasar Besar Chukai adalah tempat yang mesti dikunjungi. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan laut segar, sayur-sayuran, buah-buahan, serta barangan keperluan harian. Walaupun kami orang Terengganu ni mengharap mereka yang datang ke Dfieza Homestay kami untuk nikmat kedai kedai makan popular yang berhampiran, tapi ini juga salah satu pilihan kepada anda kalau nak masak sendiri.

Pantai Penunjuk Kijal

Pantai ini terkenal dengan formasi batu karangnya yang unik dan air laut yang biru kehijauan. Pantai Penunjuk Kijal merupakan lokasi yang popular untuk fotografi dan aktiviti pantai.

Kemaman Zoo & Recreation Park

Kemaman Zoo & Recreation Park adalah destinasi yang menarik untuk seisi keluarga. Zoo ini menempatkan pelbagai jenis haiwan dan juga mempunyai taman rekreasi untuk pengunjung bersantai dan beriadah. Macam agak jauh sikit, tapi bolehlah kurang daripada 30 minit drive sahaja.

Kemaman Museum

Untuk mendalami sejarah dan budaya Kemaman, lawatan ke Muzium Kemaman adalah satu kemestian. Muzium ini memaparkan pelbagai artifak dan pameran yang menceritakan kisah sejarah tempatan. Kedudukannya pun terletak di bandar Chukai, jadi masa anda pusing pusing pekan bolehlah singgah sekejap.

Pusat Penetasan Penyu Pantai Teluk Mak Nik

Pusat ini memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan penyu. Pengunjung boleh belajar tentang penyu dan melihat proses penetasan penyu secara langsung.

River Cruise Sungai Yah Yah – Kelip Kelip

Nikmati pengalaman yang mempesonakan dengan menyusuri Sungai Yah Yah pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip. Ini adalah pengalaman yang unik dan menenangkan, sesuai untuk semua peringkat umur.

Kampung Kuala Kemaman (Kuih Bekang Warisan Keluarga)

Kampung ini terkenal dengan kuih bekang yang merupakan makanan tradisional. Peluang untuk merasai kuih bekang yang dibuat mengikut resepi turun-temurun adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Rumah Jambi Rumah Jambi adalah rumah tradisional yang mengekalkan seni bina Melayu lama. Rumah ini adalah contoh yang baik tentang warisan seni bina tradisional di Kemaman.

Masjid Lama Kampung Tuan

Kalau nak dikongsikan masjid ni dah 194 tahun. Dibina sejak 1830 lagi. Dan kalau kita tengok seni bina bumbung masjid ni, inilah sepatutnya seni bina masjid melayu. Kebanyakan kita kalau masjid, mesti mata kita selesa ada kubah. Sedangkan itu adalah warisan binaan Kerajaan Uthmaniah, atau Turkey sekarang. Untuk kita orang melayu binaannya bertingkat macam masjid ni. Anda boleh baca lebih detail lagi akan sejarah msajid ni di Masjid Lama Kampung Tuan.

Bukit Mak Dayang

Bukit ini menawarkan pemandangan panoramik yang menakjubkan. Ia adalah tempat yang popular untuk aktiviti mendaki dan bersantai sambil menikmati pemandangan alam semula jadi.

Tasik Biru Kemaman

Memang port untuk bergambar ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *